Aug 17, 2015

Fotografi Dan Vape On!

Balik daripada class petang semalam dengan mata layunya sambil dalam fikiran cuma teringatkan katil shah yang empuk tambah lagi bantal busuk memang fuuuhh! Nikmatnya kalau dapat rebahkan badan lepas seharian bertungkus lumus siapkan assignment dari pagi sampai ke petang. Maklumlah hidup sebagai pelajar tak lari dengan assignment dan exam.

Sampai dekat bilik letak beg apa semua terus duduk atas katil untuk merealisasikan impian tadi haha. Tapi sebelum tu check handphone dulu dan secara tiba mata terpandang ke arah meja yang diatasnya terletak camera! Hati terdetik untuk buat outdoor shoot sebab dah lama juga tak asah tangan dengan mata lensa ni cewah haha.

Terus masukkan camera dan equipment lain dalam beg. Lagi satu benda yang tak pernah shah lupa untuk bawa kemana-mana adalah vape. So, dapat idea outdoor shoot kali ni kita vape on!
Tangan secara automatik capai beg balik dan keluarkan vape untuk coil, wick & drip.


Bila semua benda dah ready, call member-member dan kebetulan diorang free. Memang langkah kanan kali ni nak ajak diorang join sekaki lagipun tak selalu bersama sebab semua fokus dengan study. Tunggu punya tunggu diorang pun dah ready so shah pickup diorang dan lokasi kitorang adalah ke Pekan Jabi, Segamat Johor. 

Dan inilah hasilnya daripada tangan dan sentuhan seorang beginner dalam dunia fotografi:

Vape On

Vape On